Assalammualaikum....nak jadi alim nanti tak kena tempat...so i berhati2 saja leh di tepi pantai...(sah sah dah mengarut maksoot)ok now i learning to wear Hijab...walaupon sedikit panas...i suke pakai cos x nampak rambut i yg serabut bak sutera haha...sekarang slow2 tgh pakai...i nak jadi orang berguna sekarang dgn memakai tudung...but xtau gaya laa..SIAPA BOLEH AJAR?huhuhu...i tau nanti ramai cakap i hipokrit...yelah sat2 pakai sat2 x pakai...yelah i ni bukan sempurna mcm korang ok..I CUBA!!yg penting tuuuuuuu hati sentiase ader iman...yg suke mengutuk org tu...lebih baik buang tudung anda di bilik saya...hehehehe..boleh dapat free of charge ok...haha ok la nie jew kot...boring day gak laa...k la out dulu see yea...psst,check it out
my new outfit..hehe huduh skit...hehehe first time katakan..hehe
ika kamal <3<3
Tuesday, August 3, 2010
Now im tudung-in hehe
Posted by ika wit da musiz at 10:44 PM 0 comments
Tuesday, July 20, 2010
Today is My Birthday baby~
Posted by ika wit da musiz at 12:47 PM 0 comments
Tuesday, July 13, 2010
My new haircut
Posted by ika wit da musiz at 9:01 PM 0 comments
Thursday, July 1, 2010
Hey Hey im back
Assalammualaikum n good evening earthling....
Happy belated birthday to my sister(wlaupon lambat sungguh)
08 June
Happy Belated Father's day
Love YOU sooo Much :o muah muah..(muka den pon mau tunjuk jugak tau tau)
Happy Belated Birthday FAY!!
sorry late wish kat blog...but reality i did wish u right :p
Ok...lega rasenyer bila dah lepas beban tanggujawab yg harus ku lepas... (perrgghh,hate this ayat :p)
Because of 1 july...u know what....my bitrhday dah nak dekat....sebenarnyer nak remind kat semua bagi birthday present....nak sangat....:p lagi 19 more days...prepare 4 da present ok..hahahahaha...
k guys....i try sooo hard to update 2morrow if xder pape ok..kalau ader idea laa...bcos of xder idea tulah malas nak update....korang kalau ader idea gtau la ek...
For now on.......i'm Atikah nak tido.....ngatuk.....hahaha..k guys..good night n have a tight sleep yea....love yea haha <3>
ika kamal~~<3
Posted by ika wit da musiz at 10:20 PM 0 comments
Tuesday, April 27, 2010
Kepada wanita muslim!
Assalammualaikum &hello!!:)
Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13.Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Ika Kamal~~
Posted by ika wit da musiz at 8:56 PM 0 comments
Monday, April 26, 2010
everyone!(girlz)
Assalamualaikum &hello!!
Copy from adik syazwani :)
Untuk wanita wanita yg lama sngt single..like me!!huhu jngn lenghkn lgi guna kan tips ini
1.Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2.Pandai memasak adalah ciri-ciri utama,mengapa lelaki mudah terpikat kepada kita
3.Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4.Jujur dan sentiasa merendah diri.
5.Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6.Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7.Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8.Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9.Jangan terlalu mengongkong.
10.Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11.Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12.Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13.Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14.Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15.Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16.Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17.Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18.Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19.Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20.Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21.Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22.Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23.Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24.Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25.Mengetahui bila hari lahirnya.
26.Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27.Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28.Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
29.Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
30.Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ˜perfect.
31.Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
32.Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
33.Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
34.Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
35.Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
36.Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
37.Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
38.Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
39.Jangan bersikap terlalu kuno.
40.Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
41.Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
42.Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
43.Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
44.Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
45.Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
46.Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
47.Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
48.Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
49.Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!
50.Manja!(hehe)
that's all...good luck gurlz...hahaha!!
ika kamal~~
Posted by ika wit da musiz at 10:05 PM 0 comments
Saturday, April 17, 2010
><"i'm soo poyo...
Posted by ika wit da musiz at 9:15 PM 0 comments